Sejarah SK Charuk Puting
Sejak lebih 30 tahun lalu, SK Charuk Puting telah ditubuhkan di kawasan kampung ini. Tapak asal sekolah ini dahulu merupakan sebuah bukit yang hanya dipenuhi hutan. Kini, tersergam indah beberapa bangunan sekolah untuk anak-anak kampung setempat. Sk Charuk Puting ini dibina selepas adanya penempatan Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Charuk Puting. RPSB ini diwujudkan selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1971 dan dengan ini pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk membina sebuah sekolah bagi memberi pendidikan kepada anak-anak kampung.
Sekolah ini mempunyai keluasan tanah sebanyak 11 ekar. Kedudukan sekolah pula sangat cantik kerana berada di atas bukit. Di sekitar kawasan sekolah terdapat kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit. Walaupun SK Charuk berada agak jauh daripada Pusat Bandar, segala kemudahan yang terdapat di sekolah ini amat memuaskan.
Sekolah ini diterajui oleh beberapa orang Guru Besar yang berdedikasi dan berpengalaman sejak ia mula dibuka. Berikut merupakan senarai Guru Besar yang pernah menerajui SK Charuk Puting.
TAHUN
|
NAMA
|
1971 - 1981
|
EN. AHMAD BIN SIWOK
|
1981 - 1987
|
EN. ABD RAZAK BIN
MAHUSSIN
|
1987 - 1990
|
EN. WAN MUHAMMAD
|
1990 - 1998
|
EN. MOHD YASSIN BIN
MAHMUD
|
1999 - 2008
|
EN. MOHD ALWI BIN ABD
GHANI
|
2008 - 2011
|
EN. KHAIRUDIN BIN OTHMAN
|
2011 - sekarang
|
TN. HJ. ABD AZIS BIN MD
ISIN
|